Tabung beli kamera #1

Wednesday, April 10, 2013

Lemon tea suam



Air teh suam jika diletakan hirisan lemon adalah sangat baik untuk kesihatan. Air lemon suam atau teh lemon suam sangat baik diminum di setiap pagi. Namun sesuai juga di minum pada waktu makan tengahari atau sewaktu makan malam. Air lemon dapat mengurangkan rasa mual, terutama jika makan makanan yang berminyak. Sebaiknya minum air hirisan lemon yang masih segar untuk mendapatkan kebaikkannya.

Kebaikan Lemon

1. Menambahkan ketahanan badan
Lemon kaya dengan Vitamin C. Vitamin C bagus untuk melawan demam. Lemon juga kaya dengan Kalium (potassium) boleh membantu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Lemon membantu badan kita membuang toksin dalam darah. Oleh itu, kita akan berasa kurang letih, lebih aktif dan ceria selepas minum air lemon.

2. Baik untuk kulit.
Kulit lemon dapat membantu mengurangkan tanda parut jika selalu disapukan pada parut. Air lemon dapat membantu mengurangkan kedut dan blackheads jika selalu diminum.

3. Membantu masalah mengurangkan berat badan

Banyak kelebihan lemon ciptaan Allah ini sebenarnya. 

Tuesday, April 02, 2013

Kren Dermaga





Kren dermaga ialah kren gantri besar di terminal kontena yang digunakan untuk memuat dan memunggah kontena dari kapal kontena. Kren dermaga biasa mampu mengangkat sebuah kontena pada satu-satu masa. Terdapat juga kren generasi baru yang mampu mengangkat sehingga empat kontena 20 kaki pada satu-satu masa. - Wiki

Nota: Suka tengok kren dermaga ini dari jauh, seakan-akan rupa seekor kuda besi.

Wednesday, July 04, 2012

Senyum kekenyangan



Lepas makan kena ucap Alhamdullillah.
Senyum kekenyangan.

Monday, July 02, 2012

Attention seeker



Ada orang sangat sukakan perhatian. Ada orang kurang suka pada publisiti tetapi perlukan perhatian. Ada orang suka suruh kita ambil gambar dia kat signboard minta perhatian seperti ini. Dan saya perlukan perhatian anda sekarang. Perlukah saya letak gambar anda di sini? 


Ehh.. saya dah letak! hahaha

Tuesday, April 24, 2012

Potong cili


Cili merah yang dipotong menyerong sedikit biasanya digunakan untuk dijadikan bahan pelengkap rasa dalam hidangan laksa atau masakan bergoreng seperti mee goreng, bihun goreng dan sebagainya. Selain daripada menjadi pelengkap rasa, cili potong juga secara tidak lansung menjadi hiasan menambah seri bagi sesuatu hidangan yang berasaskan rasa pedas.

Wednesday, January 25, 2012

Ulat hijau makan roti




Alhamdullilah dah gaji. Kalu tak makan roti lagi lor hari ni.

Tuesday, December 06, 2011

Obesiti

Obesiti dikaitkan dengan penyakit kronik yang mengancam nyawa seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser. Kajian mendapati 2 daripada 5 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.