Tabung beli kamera #1

Tuesday, December 06, 2011

Obesiti

Obesiti dikaitkan dengan penyakit kronik yang mengancam nyawa seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser. Kajian mendapati 2 daripada 5 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.


Wednesday, November 23, 2011

Gabungan segi enam


Dikala bosan bermesyuarat yang tidak berhujung pangkal, isikan masa anda dengan mengasah minda anda.

Sunday, November 20, 2011

Obses pada buku


Pasukan Harimau Malaya (Malaysia) akan bertemu semula pasukan Garuda (Indonesia) pada jam 8mlm ini. Semoga mereka bermain bola sepak dengan penuh semangat kesukanan. Siapa yang tak maukan kemenangan kan? Semoga pertandingan akhir ini menjadi permainan yang adil dikedua-dua pihak.

Setiap permainan memerlukan kebijaksanaan dalam mengatur strategi. Kekuatan fizikal dan mental kena seiring. Main angry bird pun perlukan strategi. Orang yang suka main game adalah orang yang bijak. Mereka bijak mengatur strategi permainan. Tapi jangan lah buang masa 24jam mengatur strategi untuk menang permainan komputer! Banyak lagi strategy berguna yang boleh anda salurkan kepakaran anda. Seperti strategi menanam pokok sayur sawi di kebun belakang rumah. Selain daripada menyihat kan badan boleh juga menjimatkan wang sebab tak perlu beli sayur sawi untuk masak mee goreng. (-_-)y

Kena menanamkan keobsesan pada buku sejak dua tiga menjak ini. Ada 2 buku yang perlu dibaca dan diulang baca sebanyak 3 kali. Membaca jambatan ilmu.

Sunday, November 13, 2011

Tangan pemilik kereta


Kadang-kadang kita tak perlu bangga dengan apa yang kita miliki. Semua ini hanya duniawi sahaja. Dan mungkin sebab itu pemilik hanya mahu memaparkan tangan dan stereng tanpa perlu meletakkan muka di stereng kereta. Menampakkan muka dengan stereng kereta akan menampakkan dengan jelas keriakkan pemilik itu. ngehngehngeh..

Orang mungkin akan kata, Ala, kawan tukar kereta pun nak kecoh ke?
Saya kata, bukan nak kecohkan perihal pertukaran kenderaan. Saya hanya mahu kecohkan pasal kesudian pemilik kereta menjemput kami merasmikan kereta barunya dan tanpa kami-kami ini merasa jeles dengan kereta baru itu (Hehehe.. jeles jugak skit2, tapi takder la sampai nak pancitkan tayar (-_-)y

Alhamdullillah saya masih berfikiran positif. Maka saya mengambil kesempatan ini menjadikan ia sebagai tajuk entry blog saya. (-_-)y

Wednesday, November 09, 2011

Lampu tergantung


Menghias rumah dengan himpunan / susunan lampu mentol adalah cantik dipandangan mata saya. Tapi jika rumah sentiasa berdebu dan berdebu adalah sungguh menyusahkan. Perlukan kerajinan yang tinggi untuk sentiasa mencuci lampu. Saya masih belum serajin itu.

Tuesday, November 08, 2011

Monday, October 10, 2011

Museum Restaurant

 Kashkol @ Almond Pudding

Shorba Adas @ Lentil Soup

Labanese Bread


Sedap makan makanan yang berkhasiat.

Monday, October 03, 2011

Masih kena senyum



Senyumlah walaupun banyak perkara perlu diselesaikan / terpaksa diselesaikan, walaupun banyak masalah melanda. Kerana masalah akan tetap muncul walau dimana kita berada. Kecil atau besar masalaha kita masih tetap perlu selesaikan.

Lari dari masalah dan berikan masalah kepada orang lain untuk selesaikan adalah bukan tindakan yang bijak. Anda bijak? Maka selesaikan masalah anda sebaik dan sejujurnya. Kerana orang lain ada masalah mereka yang perlu mereka selesaikan juga.

Jika anda kurang bijak? Bertanyalah, supaya anda tidak sesat.

Jika malu? Maka, bersedialah untuk sesat! Sanggup?

Jika anda tidak sanggup untuk sesat, kembalilah menjadi bijak! Bijak tidak semestinya mendapat 5A dalam UPSR, atau 4.0 dalam CGPA anda!

Sunday, September 25, 2011

Diam




 Diam itu indah. Dok dendiam dalam rumah tengok tv pun indah. Dendiam kemas dapur pun indah. Diam-diam cabut rumput belakang rumah pun indah. Indahnya hari ini.

Monday, September 19, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Bingkai Gambar



Gambar-gambar kenangan cantik jika dibingkaikan. Lebih cantik dan menonjol jika dipamerkan dengan bingkai gambar yang sesuai dengan tema rumah. Bingkai gambar cantik jika disusun dengan menggunakan teknik yang betul.

Ada terbaca dimajalah, tidak menjadi masalah jika kita mempunyai koleksi bingkai yang pelbagai bentuk rupa saiz dan warna. Kita hanya perlu membuat satu atau dua garis lurus sebagai panduan untuk kita mengantung bingkai-bingkai gambar tersebut.

Menggantung bingkai secara berselerakkan juga cantik. Seni itu subjektifkan. Tepuk dada tanya selera, tepuk poket tengok duit. Berbelanja mengikut kemampuan.

Saturday, August 20, 2011

Kasut baru



Setiap kali raya tak perlu beli kasut baru. Jika anda ada membeli kasut baru bagi setiap kali hari raya maka bersyukurlah. Bersyukur kerana bukan semua orang ada kemampuan untuk beli kasut raya baru setiap tahun. Bersyukur juga jika anda tidak berkemampuan, kerana anda ada rezeki lain yang orang lain mungkin tak terima.

Friday, August 12, 2011

Tembaga Suasa


Pokok tembaga suasa, juga dikenali sebagai pokok bakung. Pokok bakung merupakan tumbuhan beracun dan ia membiak dengan kaedah bebawang.

Kalau dia beracun macam mana orang boleh jadikan ia ubat? hmm..

Saturday, August 06, 2011

Jus oren


Alangkah sedapnya dapat minum jus oren ketika dahaga ini. Jus oren mengandungi sumber vitamin C yang baik. Mencantikkan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

Tuesday, July 19, 2011

Lukis Epal


Terjumpa kaedah melukis epal dari sebuah buku yang tidak dapat diingati namanya. Hendak melukis potrait sebiji pun mempunyai langkah-langkah tertentu. Bakat itu anugerah Allah. Gunakan bakat2 anda sebaiknya ke jalan yang diredhaiNYA.

Saturday, July 16, 2011

Awan Jerebu

Terang

 
Petang

 Jerebu

Hujan

Beberapa cuaca situasi berbeza tapi satu lokasi yang sama. Anda boleh nampak perbezaannya.


Monday, July 04, 2011

Jam Dinding


Jam dinding sangat perlu diletakkan di dinding setiap rumah supaya ahli dalam rumah itu sentiasa peka dengan peredaran masa yang tidak menunggu kita.

Thursday, June 30, 2011

Menjaga hati


Hari ini hari jumaat. Jom jaga hati masing2. Beribadat bersenam bergembira.

Wednesday, June 29, 2011

Cempedak


Antara kandungan zat yang terkandung dalam per 100 gram cempedak adalah 117.0mg energy atau tenaga. Kandungan tenaga ini adalah sangat tinggi dan bahaya untuk pengidap kencing manis.

Monday, June 27, 2011

Pokok meja


Semalam ke IKEA mencari kerusi model HERMAN. Kerusi berharga rm39 itu dibeli sebanyak 2 unit. Tidak lupa botol kecil hiasan meja. Budget keseluruhan untuk bulan ini hanya RM100. Bakinya dibuat belanja makan malam. Sekian.

Wednesday, June 08, 2011

Tuesday, May 31, 2011

Friday, May 27, 2011

Wednesday, May 25, 2011

Ikan bilis


Ikan bilis yang kurang bahan pengawet sedap dibuat sambal tumis ikan bilis.

Tuesday, May 24, 2011

Lampu jimat tenaga eletrik


Susun atur lampu macam pun cantik juga ye. Kalau letak di dinding tangga, mungkin sesuatu yang berbeza dan mungkin klasik dan mungkin cantik.

Thursday, May 12, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Tong Sampah Kitarsemula

Tong Sampah Kitarsemula adalah bekas untuk menyimpan sementara waktu barang-barang kitarsemula sebelum dihantar ke pusat kitar semula.

A recycling bin (or recycle bin) is a container used to hold recyclables before they are taken to recycling centers.

Monday, May 09, 2011

Makan

Photobucket

Sila baca doa makan sebelum makan.

Sunday, May 08, 2011

Saturday, May 07, 2011