Tabung beli kamera #1

Tuesday, August 23, 2011

Bingkai Gambar



Gambar-gambar kenangan cantik jika dibingkaikan. Lebih cantik dan menonjol jika dipamerkan dengan bingkai gambar yang sesuai dengan tema rumah. Bingkai gambar cantik jika disusun dengan menggunakan teknik yang betul.

Ada terbaca dimajalah, tidak menjadi masalah jika kita mempunyai koleksi bingkai yang pelbagai bentuk rupa saiz dan warna. Kita hanya perlu membuat satu atau dua garis lurus sebagai panduan untuk kita mengantung bingkai-bingkai gambar tersebut.

Menggantung bingkai secara berselerakkan juga cantik. Seni itu subjektifkan. Tepuk dada tanya selera, tepuk poket tengok duit. Berbelanja mengikut kemampuan.

Saturday, August 20, 2011

Kasut baru



Setiap kali raya tak perlu beli kasut baru. Jika anda ada membeli kasut baru bagi setiap kali hari raya maka bersyukurlah. Bersyukur kerana bukan semua orang ada kemampuan untuk beli kasut raya baru setiap tahun. Bersyukur juga jika anda tidak berkemampuan, kerana anda ada rezeki lain yang orang lain mungkin tak terima.

Friday, August 12, 2011

Tembaga Suasa


Pokok tembaga suasa, juga dikenali sebagai pokok bakung. Pokok bakung merupakan tumbuhan beracun dan ia membiak dengan kaedah bebawang.

Kalau dia beracun macam mana orang boleh jadikan ia ubat? hmm..

Saturday, August 06, 2011

Jus oren


Alangkah sedapnya dapat minum jus oren ketika dahaga ini. Jus oren mengandungi sumber vitamin C yang baik. Mencantikkan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.