Tabung beli kamera #1

Monday, October 10, 2011

Museum Restaurant

 Kashkol @ Almond Pudding

Shorba Adas @ Lentil Soup

Labanese Bread


Sedap makan makanan yang berkhasiat.

Monday, October 03, 2011

Masih kena senyum



Senyumlah walaupun banyak perkara perlu diselesaikan / terpaksa diselesaikan, walaupun banyak masalah melanda. Kerana masalah akan tetap muncul walau dimana kita berada. Kecil atau besar masalaha kita masih tetap perlu selesaikan.

Lari dari masalah dan berikan masalah kepada orang lain untuk selesaikan adalah bukan tindakan yang bijak. Anda bijak? Maka selesaikan masalah anda sebaik dan sejujurnya. Kerana orang lain ada masalah mereka yang perlu mereka selesaikan juga.

Jika anda kurang bijak? Bertanyalah, supaya anda tidak sesat.

Jika malu? Maka, bersedialah untuk sesat! Sanggup?

Jika anda tidak sanggup untuk sesat, kembalilah menjadi bijak! Bijak tidak semestinya mendapat 5A dalam UPSR, atau 4.0 dalam CGPA anda!