Tabung beli kamera #1

Wednesday, November 23, 2011

Gabungan segi enam


Dikala bosan bermesyuarat yang tidak berhujung pangkal, isikan masa anda dengan mengasah minda anda.

Sunday, November 20, 2011

Obses pada buku


Pasukan Harimau Malaya (Malaysia) akan bertemu semula pasukan Garuda (Indonesia) pada jam 8mlm ini. Semoga mereka bermain bola sepak dengan penuh semangat kesukanan. Siapa yang tak maukan kemenangan kan? Semoga pertandingan akhir ini menjadi permainan yang adil dikedua-dua pihak.

Setiap permainan memerlukan kebijaksanaan dalam mengatur strategi. Kekuatan fizikal dan mental kena seiring. Main angry bird pun perlukan strategi. Orang yang suka main game adalah orang yang bijak. Mereka bijak mengatur strategi permainan. Tapi jangan lah buang masa 24jam mengatur strategi untuk menang permainan komputer! Banyak lagi strategy berguna yang boleh anda salurkan kepakaran anda. Seperti strategi menanam pokok sayur sawi di kebun belakang rumah. Selain daripada menyihat kan badan boleh juga menjimatkan wang sebab tak perlu beli sayur sawi untuk masak mee goreng. (-_-)y

Kena menanamkan keobsesan pada buku sejak dua tiga menjak ini. Ada 2 buku yang perlu dibaca dan diulang baca sebanyak 3 kali. Membaca jambatan ilmu.

Sunday, November 13, 2011

Tangan pemilik kereta


Kadang-kadang kita tak perlu bangga dengan apa yang kita miliki. Semua ini hanya duniawi sahaja. Dan mungkin sebab itu pemilik hanya mahu memaparkan tangan dan stereng tanpa perlu meletakkan muka di stereng kereta. Menampakkan muka dengan stereng kereta akan menampakkan dengan jelas keriakkan pemilik itu. ngehngehngeh..

Orang mungkin akan kata, Ala, kawan tukar kereta pun nak kecoh ke?
Saya kata, bukan nak kecohkan perihal pertukaran kenderaan. Saya hanya mahu kecohkan pasal kesudian pemilik kereta menjemput kami merasmikan kereta barunya dan tanpa kami-kami ini merasa jeles dengan kereta baru itu (Hehehe.. jeles jugak skit2, tapi takder la sampai nak pancitkan tayar (-_-)y

Alhamdullillah saya masih berfikiran positif. Maka saya mengambil kesempatan ini menjadikan ia sebagai tajuk entry blog saya. (-_-)y

Wednesday, November 09, 2011

Lampu tergantung


Menghias rumah dengan himpunan / susunan lampu mentol adalah cantik dipandangan mata saya. Tapi jika rumah sentiasa berdebu dan berdebu adalah sungguh menyusahkan. Perlukan kerajinan yang tinggi untuk sentiasa mencuci lampu. Saya masih belum serajin itu.

Tuesday, November 08, 2011