Tabung beli kamera #1

Wednesday, April 10, 2013

Lemon tea suam



Air teh suam jika diletakan hirisan lemon adalah sangat baik untuk kesihatan. Air lemon suam atau teh lemon suam sangat baik diminum di setiap pagi. Namun sesuai juga di minum pada waktu makan tengahari atau sewaktu makan malam. Air lemon dapat mengurangkan rasa mual, terutama jika makan makanan yang berminyak. Sebaiknya minum air hirisan lemon yang masih segar untuk mendapatkan kebaikkannya.

Kebaikan Lemon

1. Menambahkan ketahanan badan
Lemon kaya dengan Vitamin C. Vitamin C bagus untuk melawan demam. Lemon juga kaya dengan Kalium (potassium) boleh membantu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Lemon membantu badan kita membuang toksin dalam darah. Oleh itu, kita akan berasa kurang letih, lebih aktif dan ceria selepas minum air lemon.

2. Baik untuk kulit.
Kulit lemon dapat membantu mengurangkan tanda parut jika selalu disapukan pada parut. Air lemon dapat membantu mengurangkan kedut dan blackheads jika selalu diminum.

3. Membantu masalah mengurangkan berat badan

Banyak kelebihan lemon ciptaan Allah ini sebenarnya. 

1 comment:

  1. dh beli 5 pokok..tgu berbuah je...buat air lemon + pudina pun sedap..sangat segar..pokok pudina pun dh ada kat kg..hehehehe

    ReplyDelete